Sunday, March 15, 2009

Wun Tung











1. Hamba ditakdirkan dilahirkan didaerah pergunungan banjaran titiwangsa. Kampungku pernah digunakan kawasan laluan dan operasi perang gerila zaman jepun dan darurat komunis.Lebih awal lagi mungkin jadi markas atau tempat persembunyian dato' bahaman/mat kilau melawan penjajah mat salih. Jadi semasa membesar dalam pengembaraan mencari ilmu dunia dan akhirat terpaksa keluar dari bandar wuntung (bahasa dialek ibundaku).

2. Datuk dan ayahku (tungshan mari)telah melakukan satu revolusi atau cuba merealisasikan satu wawasan suci jauh kehadapan untuk seorang anak china hakka dilahirkan ibuku pada tahun 1956. Sempat bersuara dan menjerit untuk kemerdekaan malaya ketika itu. Malaysia hanya terbentuk pada tahun 1963 tatkala hamba berusia 7 tahun dan dihantar memperjuangkan masadepan sekolah aliran melayu kebangsaan !
Cuba fikir logik tak, kakakku dua orang dihantar belajar sekolah inggeris dan sekolah china tapi anak lelaki sulung dihantar sekolah melayu ? Hamba protes dalam senyap menggengam bara api...yang akhirnya bertukar percikan nur iman.

3. Bandar Bentong memiliki banyak keunikan dan memecahkan REKOD SEJARAH MALAYSIA seperti berikut :

a. Bandar ini diteroka kerana bijih timah, emas dan getah oleh pendatang china yang majoritinya puak hakka, kwongsai dan kantonis. Jika waktu malam hampir 99% pekan ini dikuasai orang china, penuh dengan basikal pada zaman 1960an dan 1970an serta burung-layang layang beribu-ribu ekor bermalam atas talian letrik panas dijalan loke yew, ah peng and chuiyin.

b. Ahli Parlimen bandar kecil diapit dua banjaran gunung dengan sebatang anak sungai pahang mengalir deras ditengahnya yang diwakili oleh MCA tak pernah TEWAS dalam pilihanraya sejak merdeka. Melahirkan tokoh politik china dan bekas menteri terkenal Tan Sri Chan Siang Sun, Lim Ah Lek, Chan Kong Choy, Liow Tiong Lai dan termasuk Menteri Besar Pahang mutakhir Adnan Yaakub (dari kg.benus).

c. Ramai terlupa sejarah bahawa Dato' Hussein , ayahanda Tun Razak (TR) pernah menjadi DO daerah ini dan kuburnya diziarahi setiap tahun oleh sanak saudaranya di perkuburan Batu Satu, Jalan Tras menghala ke Raub.Salah seorang sepupu TR yang sohor adalah Pak Busu yang membuka kedai runcit dan jual nasi lemak/kuih di persimpangan ke Air Terjun Chamang/Kg.Repas, kira-kira 1 km dari pekan. Kini kedai beliau sudah ditutup dan tanah kebun getah dibelakang rumahnya telah dijual kepada pemaju china pada 1975 lalu dibangunkan Taman Shahbandar Hussein sekarang !

d. Semasa TR menjadi TPM dizaman Tunku, daerah ini dipilih menjadi Tanah Rancangan Felda(getah) Pertama di Malaysia iaitu FELDA LEMBAH BILUT kira-kira 15 km dari bandar.


e. Seterusnya rekod Malaysia lain ialah pembinaan KOTA KASINO GENTING HIGHLAND diatas banjaran titiwangsa terletak dalam pentadbiran DO Bentong ! Ada sebuah Masjid di Genting bernama Tan Sri Noah iaitu bapa kepada Toh Puan Rahah isteri arwah TR. Dan anak sulungnya kini hampir beberapa hari lagi menjadi PM Malaysia !

f. Rekod satu lagi: pembinaan Lebuh Raya KL-Karak dan Terowong paling tinggi di Malaysia dekat Genting Sempah, 1500 kaki.

No comments:

Post a Comment