Friday, June 18, 2010

Wang Emas (Gold Coins) Di Negara Kuffar





Saudara jangan bimbang.

Kepingan atau duit Dinar-dinar emas dan driham perak yang dijual di Malaysia sekarang adalah sah disisi Undang-Undang.

Bank Negara juga ada mengedar dan menjual duit emas mengingati hari/peristiwa bersejarah Malaysia, keputeraan atau pertabalan Raja/Sultan. Bank-bank besar juga diluluskan untuk menjual duit emas dan bulion emas.

Ini satu petanda baraka usaha dan kebangkitan umat menerajui muamalah dan tijarah yang dihalalkan Allah dalam KitabNya.

Berikut ini dibuktikan penempaan(minting), pengedaran dan penjualan duit emas/perak adalah sah disisi undang-undang antarabangsa !

1. Amerika Syarikat/USA - Eagle Gold Coins
2. South Africa - Kruger rand Gold Coins (since 1967)
3. Canada - Maple Leaf Gold Coins
4. Taiwan - Prosperity Gold Coins
5. China - Panda Gold Coins
6. Mexico - Gold Libertad
7. Austria - Philharmonic Coins (2007)
8. Swiss - Vernelli Coins
9. Russia - Chervonets Coins


Manakala di Malaysia sejak tahun 1990 telah beredar dan dijual anika versi Dinar emas and Dirham perak tanpa sekatan Kerajaan seperti berikut:

a. Dinar emas dari Scotland and Granada, Sepanyol.
b. Dinar emas WITO dari Dubai
c. Dinar emas dari Islamic Mint Nusantara/PT Logam Mulia.
d. Dinar emas versi Royal Mint Malaysia.
e. Dinar emas Kelantan
f. Dinar emas oleh Public Dinar Sdn Bhd (milik China)dari P.Pinang
g. Dinar emas IGD (kini telah tutup and bangkrap)
f. Dinar emas oleh Dinar& Dirham International (Meer Khan/telah tutup)
g. Dinar mas/dirham perak dari Wakala Induk Nusantara (WIN).

Diantara peristiwa penting dan bersejarah penggunaan dan muamalat dinar dirham di Malaysia dan antarabangsa adalah seperti berikut :

a. Seniman M.Nasir guna 10 dinar sebagai Mas Kahwin dgn Maria Musa serta ramai lagi.
b. Kerajaan Kelantan beri hadiah 1/4 dinar kepada pasangan kahwin anak negeri.
c. Kerajaan Negeri tertentu bersedia terima zakat dinar.
d. Dinar mas sempena hari keputeraan Sultan Kedah dan Sultan Kelantan.
e. Mantan PM dr.Mahathir setuju sokong penggunaan dinar diarena OIC/dunia.
f. Turki, Moroko dan Dubai sudah menerima dinar dirham dipasar-pasar.
g. Dinar EMU(European Muslim Union)sedang diperluaskan di Jerman dan Switzerland.
h. Dinar dirham sudah ada 2 pelopor di Indonesia (WIN dan IMN). Telah beredar di Jawa, Sumatera, Riau, Makasar dan Kalimantan.

1 comment:

  1. 16 JUNE 2010.
    A Treasury Department report to Congress last week stated that total U.S. debt will climb to $19.6 trillion by 2015, as opposed to the 2019 date previously estimated. Treasury also estimated that total U.S. debt will top 13.6 trillion this year and would rise to 102% of GDP by 2015 as well. And most astonishingly, the report projected that the publicly traded debt (debt excluding intragovernmental obligations) would rise to $14 trillion by 2015, up from last year’s debt of “just” $7.5 trillion.

    Apa maknanya angka-angka USD trilion diatas kepada penduduk dunia. Kena tempias Malaysia juga ? Sebab Foreign Reserves kita 90% kira-kira USD 100 bilion dalam US Dollar !

    ReplyDelete