Sunday, May 16, 2010

Maulid Rasul, Hol Sh.Abdal Qadir alJilani dan Maulana Rumi




The sufi's book is not ink
and letters; it is nothing
but a heart as white as snow.

I am but a dust on the Prophet's path - Rumi.

Alhamdulillah wa syukrillah. Semalam hamba berpeluang mengikuti majlis tersebut di Masjid Negara, Kuala Lumpur lepas salat Asar. Kira-kira 5,000 orang memenuhi dewan dan melimpah dikoridor dengan 2 screen besar. Antara undangan dan tetamu yang hadir adalah
alim ulama dari Mesir, Arab saudi, Yemen, Indonesia, India, Singapura dan Nusantara.

Salawat Nabi, Qasidah, Zikir dan bacaan Quran didendangkan dengan merdu. Anika bahasa digunakan untuk tetamu asing iaitu Inggeris, Arab, Urdu dan BM. Penganjur Yayasan al-Waritheen juga menjemput YDPAgung Tuanku Mizan untuk maghrib. Satu bait sajak Maulana Rumi juga dibacakan memuji keagungan Rasul sallallahu alaihi wasallam serta alhi keluaraganya yang mulia menyibar nur din islam sejak 1500 tahun lalu.

Naik semangat melihat begitu ramai umat islam, lelaki wanita dan kanak-kanak turut hadir dimajlis antarabangsa ini.Moga-moga penghayatan islam secara syumul dizaman kuffar menindas umat islam menggerakan jihad sebenar iaitu bebas dari dominasi sistem ekonomi riba. Bulan Jun 2010...akan diadakan First World Dinar Conference di PWTC menepati ayat Quran: Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang atas riba!
Bermuamalah cara Syariah agar ekonomi kufar tumbang bersama ekonomi riba mereka yang ditegakkan atas hutang, kredit, perbankan dan wang kertas/bon dicetak tanpa sekatan.

Ayuh umat islam bangkitlah dan maju kemedan mujahadah dengan ilmu, ulama dan berjemaah ditimur dan barat. Tegakkan dinar emas dan dirham perak berarti menegakkan tiang rukun zakat yang runtuh dek sistem wang kertas dajjal bermata satu !

No comments:

Post a Comment