1. Pada Isnin lepas 9 Mac 2009 diraikan media massa sebagai hari wanita atau international woman day. Maka tergerak hati saya mencatatkan sejarah tarikh unik dalam kamus hidup keluarga berdarah naga utara dan sang rimau nusantara ini.
2. Hampir 3 hari mengurus hidup berdikari tanpa wanita pada 7-9 Mac 2009 kerana isteri dikasih terbang balik ke Kota bahru menziarahi ahli keluarganya yang uzur.
3. Hamba ada 3 puteri mujahidah telah besar, dewasa dan boleh hidup berjauhan kerana kerja (anak sulung lulusan UIA mengajar di kolej Muar), anak kedua berkursus BTN dan Induksi di Perak dan Langkawi selama 2 minggu (baru habis mengaji di Melbourne) dan anak ketiga mengasah ijazah doktor di UK.
4. Jadi, yang tinggal serumah dengan sang bapa tunggal sementara adalah anak lelaki sulung (bersiap ke Ireland/Russia/ukraine begitulah bunyinya jika tamat Baccalaurate nanti)dan anak lelaki bongsu berjiwa samurai,dragonball,kitaro ...darjah 4 bisa menyanyi lagu inggeris dan jepun, mengaji Quran habis 10 juz..
5. Sebab tak pandai masak, maka kami sempena Hari Wanita buat keputusan makan musafir di Medan Selera Alamanda. Banyak mata memandang...eh mana emak atau ibu, kakak mereka ? Kasihan , bapa berumur lebih separuh abad makan masakan western, cina dan melayu dengan 2 anak lelaki ?
6. Begitulah secebis kisah hidup keluarga moden Malaysia. Adik isteri saya pernah belajar 5 tahun di universiti hiroshima dan kini sedang mengajar di UITM dan buat Ph.D di UKM. Jumpa suami di jepun. Adik lelaki seorang lagi mengaji di University of California hampir bekerja dengan NASA. Balik malaysia kerja dengan Petronas, berhenti. Kerja dengan JKR , berhenti. Masalah hasad dengki musuh sesama melayu dan muslim. Baik kerja dengan syarikat minyak US dapat gaji lebih Rm20,000 sebulan. Berkat biasiswa MARA taja dia belajar overseas.
7. sekian, akan sambung cerita Hari Bapa bila ada ilham.
No comments:
Post a Comment