Thursday, January 1, 2009

Bahagian 3 : Hui Jiao dan Sheng Ren



Hui Jiao - Pengertian Islam Dalam Mandarin

12. Saya ingin rnenyingkap mengapa umat muslim china mengelar agama Islam dengan bahasa/huruf china sebagai HUI JIAO. HUI hurufnya seperti mim atau dua petak 4 segi macam Kaabah.HUI berarti Kembali,Pulang Kesumber Asal,yakni semua manusia dicipta Tuhan,diuji dan mati/kembali kepada Tuhannya untuk balasan hakiki .

Arwah Ustaz Ishak Ma (Yunnan/Madinah/Perkim) menerangkan arti Hui boleh diambil dari ayat Quran- Inna li'Llahi wa inna ilaihl rajiun ( Sesungguhnya kita datang dari Allah dan akan kembali kepadaNya). Juga makna dari ayat – sami’na wa atha’na , ghufranaka wa ilaika masir ( kami dengar dan taat, ampuni kesalahan kami dan kepadaMu kami semua akan kembali ) dan makna ayat : fa-subhnal lazi bi-yadihi malakutu kulli syaian wa ilaihi turjaun ( maha suci ditanganNya terletak segala kekuasaan dan tempat kembali segala urusan ).

13. Kita bernasib baik jika diMalaysia dapat berdialog dengan orang china mengenai ajaran Confucius/Tao/I Ching. Mungkin hanya terdapat 20 % yang akan faham kerana berpendidikan aliran Mandarin, itupun setakat darjah enam sahaja. Mereka sendiri pun tidak ambil peduli fasal 'superior man' , shengren atau cultivation of virtue / te. Ramai yang berpendidikan Inggeris akan cenderung kepada nilai Barat/Kristian. Tapi kita masih ada harapan untuk berdialog dan berdakwah jika mereka bersifat terbuka dan terus mahu memburu kebenaran.

Ini dapat dilihat melalui kejayaan Seminar Antara bangsa Mengenai Islam dan Confucisma pada tahun 1995 oleh Universiti Malaya. .Ajaran Kristian semakin hilang dibarat dan kini adalah giliran kebangkitan Islam. Sebagai contoh terdapat ramai intelektual barat telah memeluk agama Islam setelah membuat kajian dan penyelidikan mendalam seperti berlaku kepada Muhammad Pickthall ( Inggeris) , Muhammad Asad ( Jerman) , Yusuf Islam ( Greek) , TB Irving ( USA) dan Anne Marie Schimmel (Jerman) penulis terkenal dari Jerman.

Huraian Makna Sheng Ren (The Sage /Perfect Man )

14. Kita kembali kepada makna SAGE/ SHENG REN, saya ingin menghuraikan komposisi huruf-huruf tulisannya. Ada tiga komponen atau root word dalam Sheng. Bahasa china/mandarin dibina atas 3 asas iaitu bercorak gambar (pictorial/image) , bercorak bunyi (sound-borrowed meanings ) dan bercorak huruf/makna gabungan ( composite meanings). Kita takkan dapat appreciate/menghargai bahasa china yang kaya dengan berbagai tafsiran kecuali menghayati keindahan dan keunikan makna yang hidup macam kaligrafi china atau khat arab . Contohnya gunung/ huruf shan dilukis dengan tiga garis lurus tinggi rendah macam bukit dan gunung. Ma – huruf kuda ada haiwan empat kaki dan manusia tunggang atas belakang.

Istilah Sheng –dalam bahasa Malaysia bererti orang Arif / Hukama atau Filasuf dibina dengan 3 huruf . Pertama huruf wang/raja dipetak bawah. Insan Sempurna/orang Arif mesti ada sifat khalifah/raja dalam dirinya.Boleh menjadi contoh/petunjuk kepada orang lain dgn memahami kehendak Langit. Huruf komposit kedua dalam Sheng ialah KO/ bicara/ajar. Dia mesti berupaya menga¬jarkan kebenaran itu kepada orang lain. Tiada disembunyikan atau untuk kegunaan sendiri sahaja. Ini sama dengan sifat Rasul/Nabi iaitu Tabligh/menyampaikan.Sidiq dan amanah.Huruf komposit ketiga sebelah kanan ialah ERH artinya mendengar/Hears.Dia seorang manusia yang mendengar mesej dari Langit. Atau diilhamkan kedalam hatinya atau disebut Ming/illumination. Arti lain Erh ialah taat dan mendengar perintah Tuhan.

To know the Will/Decree/Command of Heaven
is also to follow/practice its instructions.

‘ the Sage is a superior man who teach/transmit
what he receive from Heaven/Creator in correct worship
and living and transaction with other men.

This bring us to the meanings of TE / VIRTUE.
It also means RIGHTEOUNESS/PROPRIETY.
To attain virtue we must follow/practice the LI / Rule of Ethics.


..sambung Bhg.4

No comments:

Post a Comment