Saturday, January 10, 2009

Mencairkan Kekakuan Muzik Barok



Pertunjukan di Goethe Haus, Jakarta ( 2006)

“ Orkes kamar Musica Antiqua Koln memainkan serangkaian komposisi muzik zaman Barok dengan sejumlah interpretasi. Hidup, cair, tapi elegan.”

“ Seharusnya konser Musica Antiqua Koln pada malam Jumat pertengahan Oktober 2006 lalu ditutup dengan Overtur G Minor- sebuah komposisi Johann Sebastian Bach. Tapi tepuk riuh penonton , yang memang royal sejak awal konser, memaksa kelima pemain muzik orkes kamar dari Jerman itu menambah sebuah repertoar lagi. Mereka memainkan Ciconna karya Heinrich Franz Biber.(demikian tulis Nurdin Kalim, kolumins Tempo)

Dibuka dengan gesekan viloin, Ciconna mengalir dalam tempo lambat. Berangsur-ansur viloin dua, viola, cello dan cembalo, mengikuti di belakangnya. Kelima instrumen itu, bersahut-sahutan, sambung-menyambung, bergerak seperti air mengalir dan tak berkesan patah-patah. Di bawah pimpinan violin, muzik berkembang menjadi suatu jalinan harmoni khas Barok.”

Wah, rupanya warga Jakarta sudah hangat apresiasi muzik klasik. Ada kekosongan tak terisi oleh agama, material, wanita atau dadah, gila kuasa dan pengikut. Adakah dangdut juga tewas. Goyangan Inul Darasista hanya sebemtar.

Alunan muzik lebih mendalam selepas dipukul gelombang jiwa, rohani dan spiritual dilautan wujud nan luas. Demikian kata Maulana Rumi, sang sufi agung menyanyikan Mathnawi 500 ratus tahun dahulu dari Konya, Turki. Orang sufi cukup simpel. Sebatang buluh Ney tepi tasik dan sungai, digesek dengan cinta Ilahiyya, didispilinkan dengan adab Tariqa dan dibimbingi Pir Celebi. Terkadang oleh samazen. Para darwis berpesta muzik dari paksi Qutb qalbu. Awas, tentera ganas Mongol Tartar tidak jauh beribu kilometer mahu menbantai umat yang lalai. Umat yang akur dengan Sultan berfoya dan korup. Kini umat Iraq dan Palestin dibantai peluru dan bom setiap hari, disulami bantuan humanitarian dari Barat. Alangkah beruntungnya Malaysia 50 tahun merdeka.

Komentar Musafir pada 24 Augutus 2007:

Yu bu zhuo, bu cheng qi ( An Uncut jade will not make a jewel )

Muzik untuk apa ? Membuat hati gembira ? Merasakan kebebasan spiritual ? Menikmati keindahan bunyi ? Mengingati manusia akan mati ? Menghargai akal yang tajam dan mendengar maknawi melepasi sensori. Persoalannya adakah muzik Barok, Bach, Franz Biber dan Antiqua Koln untuk orang kaya saja. Mereka yang mampu beli tiket. Mereka yang pakai kemas bow, tie , suite and jacket.

Di Masjid Biru Istanbul, dimakam Hijau Konya atau di Dataran Jemaah alFana Marrakesh, para sufi menyanyi sambil berdikir, semuanya percuma. Gendang ada, seruling ney ada, Qasidah Burdah ada dan lebih lagi...sang faqir bebas merdeka dibumi Allah.

Di sebelah Timur, mari, mari..ke Pondok teh Dailin Nur, masuk percuma dan diambang timur tasik cyberjaya. Lupakan sebentar penat lelah tugas dikantor dan bisnes. Kata Master Te Shan : Before you want to learn Zen, let know how to beat the Drum. Let go drink Tea. Do you see my Yellow Olive Tree lately. Perhap Masako San and Atikato will guide you to our teahut door.

Notakaki :
Komentar diilhamkan dari Majalah Tempo Edisi 30, tanggal Oktober 5, 2006 Harga Rp.22.500 (Yang Berdakwah Di Luar Layar Kaca), muka surat 60. Hamba beli kat kedai MPH KL Sentral minggu lepas.

“Violin yang dimainkan oleh Lisa Marie Landgraf buatan David Teccler pada 1720 di Roma,Italia. Lalu Cello yang dimainkan Klaus Dieter Brandt dibuat oleh pemuzik Sebastian Wolfram”. Begitu detail sekali Nurdin Kalim mencatatkan kehadirannya malam itu.

No comments:

Post a Comment