Thursday, January 1, 2009

Sidi Badris : Part 2



Sayang sekali, pada tahun 1982, buku Meaning of Man yang dibeli dengan harga RM35 telah hamba sedekahkan kepada seorang tetamu dari Filipina semasa zawiya kami bergerak di Gombak. Kini ianya diterbit semula oleh Madinah Press, 2006 dijual harga RM120.00 di kedai-kedai MPH. Bagi diriku, mahal bukan kerana wang ringgit. Manuskrip tunggal kitab ini diwaris dan dijaga dengan penuh rahsia oleh keturunan Sidi Ali al-Hassani. Masih dibaca dizawiya dan disyarahkan oleh muqadim-sufi dimalam Jumaat di Kota Fez, Maghribi untuk sekelompok fuqara terasing. Tubba alal-ghuraba.

‘This Darqawi line of teaching still survive today. They hide in mountain, live in the city, retreat to desert, serve as Alim, travel as traders, act as imams, they sing Burdah, open a Tea shop in Weimar, Just renovated a book shop in London- Taqwa Publication. Managing a Flower farm at West Java and churns out bread-bakery at Chiapas, conduct Heideggerian and Zen studies at Dallas College. They publish a one-off Magazine- Sinar 2000 for the Islam Political Economy Conference organized by USM and Muzium Islam, Yayasan Bukhari and Muslims of Europe Society. Another faqir taught advance statistical and mathematical simulation for gold-financial investment at UTM and one got halfway of PhD dissertation on AI with University of Nantes, France.

‘Saudaraku Sidi Badris, jangan tinggalkan Pak Angka seorang diri dalam kerja dakwah ini. Bantu dia mengadakan majlis zikir’. ‘Dia panggil saya- Tuan Guru..ha ha..walaupun saya bukan alim dan tak habis mengaji’.

‘Pak Angka, murid istimewa Sidi Shaykh. Dia telah diamanahkan untuk mengutus secara peribadi tiga surat dari Shaykh atau Rais kepada Pemimpin tertinggi di Jakarta’. Hasilnya Bapak Adi Sasono ketika itu memegang Menteri Koperasi dizaman Gur Dur amat bersetuju dengan gagasan Dinar uang umat Islam. Rombongannya juga menghadiri Moussem Shaykh di Cape Town pada 2003. Tempat bersemadinya makam seorang Pahlawan Nasional –Shaykh Yusuf Makasari al-Khalwati. Ibu Rachmawati Sukarnoputri juga pernah bermuzakarah dengan wakil Sidi Shaykh dan mau membuka Studi Ekonomi Dinar di kolej atau universitas swasta bersama Institut Weirmar dan Granada Islamic Center.

‘Seorang pencari yang diberi IZIN sebagai Muqaddim (pemuka, pelopor atau wakil Shaykh untuk menghidupkan wird dan amalan tariqa) merupakan cahaya lilin dimalam gelap dilanda gelombang angin ribut dan kilat. Jangan biarkan api dia berpusing, kecil-besar, malap atau terbakar habis, jatuh dan dipijak orang’. Hidupkan jalal zikir, selawat dan doa dari Diwan Shaykh Muhammad ibn alHabib.’

Siapa saja murid yang diberi amanah menjalan tugas ini dan berkhidmat kepada fuqara dengan nur isyarat dan pertalian rohani kudus..dari gurunya yang muhaqiq , dialah seorang muqadim. Walaupun tak bernama, tiada pangkat dan tidak alim sangat dalam bahasa arab atau pengajian kitab. Walaupun dia masih amat muda..’. Ada muqadim Darqawi yang berusia hanya 20an sahaja dan fuqara tua lebih 60-70 tahun duduk menghormatinya. Demi penyerahan hati , kasih sayang, keyakian teguh dan ketaatan mukhlis keatas tilikan Sang Mursyid yang lebih mengenali alam-alam nafsu, mulk dan malakut yang sudah ditempuhi. Sudah dilipatkan dalam fana. Disembunyikan balik tabir basyariyyah. Ini bukan berarti sudah tertutup. Masih terbuka untuk hati yang dahaga dan intelek yang cekal.

Hud-hud yang Terbang tinggi di Hamparan Quddusi, pulang membawa kicau Rohani. Sinar Kewalian. Izin sang Khaliq. Setitis Marifa dari Telaga Rasul. Teguklah kamu dari cawan-cawan, piala dan gelas diraja para Awliya-Salihun. Dizaman pancaroba. Zaman sufi palsu tersibar luar. Zaman orang tak mahu lagi memadamkan ‘title’ keakuan dan kehebatan jemaahku. Bacalah kitab terjemahan bahasa Inggeris Shaykh Ibn Ajibah –The Basic Research (Mahabith al-Asliyya).

Ini kayu ukur kita keatas para pendokong, pendiri dan penyibar jalan sufiyya. Potong nafsu dia dengan fana dan baqa. Leburkan dia dilautan al-qudra. Periksa dia sudah melepasi hijab dinding malakut. Belum lagi padang luas al-jabarut tak bertepi. Tak berbahasa dan tiada penghuni. Siapa yang masuk rumah Abu Yazid dan menyeru – Oh Abu Yazid, dimana kau ? Ada suara menjawap: ‘Abu Yazid tiada disini. Dia sudah pergi, bersama mereka yang berpergian’.

Manusia mencari musyahada dibumi nafsu, manakan jumpa sebab nur sang wali haram dibukakan kepada anak jalanan yang buat bising. Anak santri yang sudah banyak berguru. Senaraikan kitab-kitab yang kalian pernah duduk mengaji..Tiada adab untuk menunggu. Mengetuk pintu bila diizinkan. Panjat dulu gunung mujahada. Sucikan dahulu janabamu dengan air gunung Jabal Alami. Imam Junayd berpesan- ‘Jika sang murid tiada bekalan Air Segar dari mereka yang ada IZIN, maka hendaklah kamu bertayyamum dengan DEBU Kering atau BATU sahaja.’ Malam Rabu 16 September sungguh bertuah buat Sidi Badris. Dimana kita akan jumpa para fuqara sejati seperti yang dipuji oleh Sh.Abu Madyan:

‘ Mereka –fuqara-adalah ibarat para Sultan, Putera
dan Pemimpin. Semoga Allah mengumpulkan aku
bersama mereka dan mengampuni kesalahanku.
Bila daku mendengar khabar mereka ?
Majlis mereka meninggalkan baraka keharuman.
Tinggalkan bagianmu (keraguan/kekurangan),
bila engkau diletakkan dihadapan (qadama)

Sebelum berangkat ke rumah SidiMuzammil di Bangi, kami salat berjemaah Maghrib dahulu. Sempat juga dibacakan Selawat Najjiyyah dan doa Bi-jahi Nabiyyika Mustafa dari Diwan SMH. Ada satu rangkap doa sangat berkesan dihati kami iaitu :


‘Allahumma anzil alaina fi hadzihi sa’ati
min khairika wa barakatika. Kama anzal-ta ala Awliya-ika
wa khassasta bihi ahibba-aka.
Warzuqna min-ka mahabbatan wa qabulan..

( Oh Allah, turunkan pada saat/waktu ini
segala kebaikan dan barakaMu pada kami,
apa yang Engkau kurniakan kepada para AwliyaMu
dan kurniakan kepada kami
Apa yang Engkau khususkan kepada mereka
yang Engkau kasihi dari kalangan hambaMu.
Dan bekalkan juga kami dari sisiMu
dengan Kasih Cinta dan doa diMakbuli..)

Tidak lupa dicatitkan mereka yang hadir malam itu : Sidi Ikrami, Sidi Abdal Rahim, Sidi Khairudin, Sidi Syedi, Sidi Muzammil dan isterinya. Seperti biasa, kami mulai dengan bacaan Miftah al-Wird dan diikuti dengan satu Qasidah iaitu

Kam laka min ni’matin alayya
Wa lam tazal muhsina alayya

Jalal-chorus zikir:
(Allahu Allah ..Allahu Rabbi..
Auni wa Hasbi ..mani siwahu
Auni wa Hasbi ..mani siwahu )

Khalaq-tani musliman wa lau laa
Fadh-luka lam a’rifin Nabiyyaa

(Engkau telah menjadikan aku Muslim
jika bukan kerana Fadhal-KemurahanMu
pasti aku tidak mengenal akan Nabiku)

Ya Rabbi salli ala Nabiyyi
Maa tuliyat suratul-Mathani

Wa ath-lubul haqqa fis saadah
li-kulli man dhammahu zamaani.

No comments:

Post a Comment