Thursday, January 1, 2009

Bhg.2 : Falsafah China dan Islam



Huraian Istilah Tian / Tuhan Langit

5. Kita melihat bagaimana ajaran china amat mementingkan tiga prinsip penting iaitu hubungan antara Insan , Langit dan Dunia/ Kehidupan. Tian berarti Tuhan Langit atau Pencipta seperti difahami oleh filasuf mereka. Huruf Tian terdiri dari huruf TA – besar/agung dan huruf garis datar diatas /langit. Ini selaras dengan fahaman Islam melalui Nama Allah iaitu al-Kabir , al-Azim dan al-A’la. Perkataan agama ‘Samawi’ dalam bahasa arab berarti agama yang diturunkan dari langit/Tuhan. Agama yang tidak datang dari Langit adalah ciptaan atau sumber ilmah/pemikiiran manusia atau sekadar ideoloji duniawi sahaja.

Manusia Sebagai Pemimpin atau Khalifah diMuka Bumi

6. Kedua, kita analisa perkataan yang mudah iaitu "WANG" berarti raja. Apakah makna/tugas manusia yang dipilih menjadi Raja ? Huruf 'wang' ada tiga garis mendatar. Garis atas adalah menandakan Langit.Garis kedua ditengah bermaksud ren-insan yang hidup dibumi-diwakili oleh garis ketiga dibawah sekali. Dr.L.Wieger seorang pakar pengkaji bahasa china menerangkan dalam bukunya: 'according to the ancients, the king /wang is the man who connects together the heaven,earth and humanity' . Garis tengah menegak menunjukkan raja itu mesti hidup memerintahkan dengan adil/benar diatas bumi. Seorang raja mesti menerima dan mematuhi kehendak amanah Langit. Dia mesti mengamalkan Li/Rite/Propriety/ Shariat terdahulu yang diwarisi turun temurun. Jadi, Ancetstor Worship dalam ajaran china adalah bermakna meneruskan agama nenek moyang mereka yang telah mendapat pentunjuk Langit melalui 3 King Sage iaitu Maharaja Yao, Shun dan Zhao.

7. Jika dalam Islam,amat mudah kita memahami siapakah manusia yang mene¬rima Perintah/Amanah Langit iaitu Wahyu Tuhan .Mereka adalah para Rasul dan Nabi. Kelebihan Rasul atas Nabi menurut tafsiran ulama tertentu ialah para Rasul diberikan Kitab Suci dan membawa Shariat baru. Manakala para Nabi hanya meneruskan Shariat sediada dan tiada menerima Kitab suci. Mereka menerima Wahyu , menyampai ajaran Tawhid dari Tuhan Pencipta , membuat penyucian dan pembaikan /islah supaya manusia kembali ke Jalan yang benar.

Semua insan memiliki sifat khalifah / raja iaitu menjalani hidup didunia dengan mengikut ajaran Langit. Mereka yang jahil atau bodoh mesti belajar dari CHUN TZI ( the superior man) atau SHENG REN ( Sages) . Jika tidak,kita kekal jadi HSIAO REN -inferior/common man' yang sentiasa lalai dan jahil darihal ajaran langit .

Tugas Rasul dan kehidupan insan ada dijelaskan
dalam ayat Quran-surah Sad ( 38:26) :

Inna ja’alna khalifatan fil-ardhi,
Fahkum bainan-nasi bil-Haqq, wa la tat-tabiil-hawa
fa-yudhillaka an sabili’Llah.

( Sesungguhnya Kami jadikan manusia sebagai khalifah dimuka bumi, maka hendaklah kamu perintah/hukum manusia dengan kebenaran al-haqq. Jangan kamu ikut hawa nafsu (manusia) yang akan menyesatkan kamu dari Jalan Allah)


8. Dalam Kitab I CHING , huraian keatas hexagram/tafsiran yang ke-14 amat menarik kerana menerangkan sifat seorang chun tzi iaitu bermaksud seperti berikut:

"In observing the sign, the superior man (chun tzi)
study the words and deeds of the ancient Sages( sheng ren)
and nourishes his own virtue ( Te )"


Jadi, dengan beriman dengan Rasul Terakhir yang diutus menjadi Rahmat bagi sekalian Alam Semesta,umat bangsa china tidak terke¬cuali dari pesanan/ajaran Confucius. Mereka mesti menyahut seruan yang warisi. Saya fikir amat hampir kepada kebenaran,jika 'the Ordinances of Heaven' boleh ditafsir sebagal WAHYU LANGIT, ianya sudah diturunkan tetapi bukan terhad dinegeri China.

Sebab itu ulama China Muslim mengelar Nabi Muhammad, sallaLlahu alaihi wa salam sebagai CHIN SHENG atau 'the Great Sage From the West'. Jika Confucius dipanggil 'a Sage/Teacher of A Hundred Generations' maka bagi Nabi kita dimuliakan dengan gelaran ‘the Sage/Teacher of A Thousand Generations'.

Dimasjid tertua Nanjing , China ada terpahat suatu satu sajak indah dalam bahasa mandarin oleh Maharaja Ming memuji Islam dan Nabi Muhammad sallaLahu alaihi wa salam iaitu dengan gelaran Sheng juga. Keterangan diatas juga sesuai dengan maksud al-Quran :
Ya ayyuhan Nabiyyi , inna arsalnaka syahidan
wa mubasyiran wa naziran wa daiyyan ila Allahu wa sirajan muniran

( Wahai Nabi, sesungguhnya engkau diutuskan menjadi Saksi, Membawa Khabar Gembira dan Memberi Amaran dan menyeru manusia kepada Allah dan menjadi lampu contoh petunjuk yang benderang ( untuk umat manusia)


9. Kita membuat kesimpulan bahawa perkataan/ajaran dan amalan dari ‘ the Sages’ yang dimaksudkan dalam ajaran china tersebut amat cocok dengan tugas Rasul membawa Khabar Wahyu (words) dan amalan hidup(deeds) /Sunnah yang menjadi cahaya petunjuk kepada semua umat sehingga Hari Kiamat. Dalam ayat lain diterangkan bahawa Rasul berfungsi –yuallimuhul-kitaba wal-hikmata wa yuzakkihim ( mengajari Kitab/Wahyu dan hikmah serta menyuci/sempurnakan jiwa manusia ).

10. Soal bahasa wahyu dari Tuhan sangat penting kerana tidak semua umat dan negara mempunyai bahasa yang sama. Keterangan mengenai Wahyu Tuhan yang disampaikan kepada sesuatu umat bangsa terdahulu oleh para Rasul melalui bahasa kaum mereka sendiri ada disebut dalam Surah Ibrahim 14: 4 :

Wa ma arsalna min Rasulin illa bi-LISANI qaumihi li-yubayyina lahum. Fa –yudhilluLlahu man yasyaau wan yahdi man yasyaau , wa huwal-Azizul Hakim

( Tidaklah Kami utuskan seorang Rasul melainkan menyampaikan kebenaran yang haq dengan bahasa kaumnya sendiri. Allah menyesatkan siapa yang dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki)

11.Dengan kedatangan Rasul Terakhir , kepercayaan terhadap Kitab Suci terdahulu masih dikekalkan sebagai rukun Iman dalam Islam tetapi kandungan kitab suci dalam bahasa lama terdahulu seperti Zabur, Injil dan Taurat sudah tiada lagi ,lenyap dan telah diubahsuai oleh manusia yang ingkar. Hanya Kitab al-Quran sahaja menjadi pentunjuk hingga akhir zaman. Allah Taala telah berfirman : Inna nahnu nazalna wa inna alaina hafizun ( Sesungguh Kami yang menurunkan al-Quran dan Kami tetap akan memeliharanya hingga hari Kiamat ).

12. Jika umat yang awal tidak berpegang teguh kepada agama Allah , maka akan didatangkan bangsa baru untuk menegakkan risalahNya sesuai dengan ayat Quran
–Surah alMaidah 5:57 :

‘ Wahai kamu yang beriman , jika ada diantara kamu meninggalkan agamaNya, kelak Allah akan mendatangkan satu bangsa lain yang Dia kasihi dan mereka mengasihiNya. Mereka keras terhadap kuffar dan lembut keatas kaum mukminin, mereka berjuang diJalan Allah tanpa takut kepada cercaan manusia’


...bersambung Bhg.3 :

No comments:

Post a Comment