Saturday, January 10, 2009

Pencarian Malam Jumaat Di Universiti Islam, Gombak

Pencarian Malam Jumaat
DI KAMPUS UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
(ditulis sekitar 10 tahun lalu-separa fiksi)

Cahaya suria masih merah dikaki langit disulami kehijauan Banjaran Titiwangsa disebelah utara kota Kuala Lumpur. Entah macamana, disuatu malam Jumaat dalam bulan April tahun alaf 2000, aku tergerak hati ingin ziarah sahabatku bernama Ikmal dikampus UIA Gombak. Tiada agenda khas kecuali aku mencintai saudaraku macam diri sendiri dari segi perjalanan sufiyya dan limpah baraka dari para guru Awliya. Jenerasi muda kini jauh dari kefahaman ilmu tasawuf. Nak kenal orang sufi lagi susah. Sebab ada beranika pendapat, pandangan dan kritikan terhadap ilmu sufi dan amalan yang salah.

Imam Ghazali sudah menerangkan golongan yang tersasar dan terpedaya dalam bab al-ghurur dalam kitab Ihya. Dicampur dengan kemunculan puak modenis , wahabiyya dan pseudo sufi dibarat , ilmu tasawuf dianggap satu bidaah. Alhamdulillah, aku telah menempuhi detik getir dan kekalutan ini pada tahun 1970an. Dengan berkat doa serta bimbingan guru yang arif bi’Llah , kini aku sedang menyusuri jejak para salikin dan muridin dengan istiqamah.

Lepas salat maghrib dirumah dikaki banjaran titiwangsa, aku pun berwirid secara ringkas dan berdoa :

Allahumma ainni ala zikrika
wa syukrika wa husni ibadatika
( Ya Allah , beri pertolongan bagi
diriku berzikir mengingatiMu,
memanjat syukur pada nikmatMu dan
memperbaiki ibadatku kepadaMu ).

Kemudian aku membaca salawat Kanzul Haqaiq dari nukilan Shaykh Muhammad ibnul Habib, Shaykh pertama kepada guruku seperti berikut :

‘Allahumma salli ala sayyidina Muhammadin abdika
wa rasulika nabiyyi ummiyyi wa ala alihi wa ashabi
wa sallim tasliman adada khalqika wa ridha-a nafsika
wa zinata arasyika wa midada kalimatika’.

Mudah-mudahan dengan zikir dan selawat ini membantuku dalam perjalanan fisabilillah malam jumaat. Orang lain mungkin sibuk baca yasin dan tahlil ,mendengar ceramah politik atau kempen reformasi. Yang lain mungkin menonton forum islam perdana dalam kotak tv. Dimanakah keberkatan malam ini berada ? Malam kebanyakan orang mukmin dan salihin berzikir ,bermunajat dan berwirid mahu mendekati Hadrat Ilahiyya. Mereka mahu mensucikan nafsu dan qalbu dari kesibukan duniawi dan tarikan sensasi manusiawi, media hiburan dan kelalaian waktu yang membunuh rohani.

Maka, beruntunglah mereka yang memulakan langkah pertama sang sufi. Apakah aku layak mengikut jejak mereka, para imam, shaykh ,awliya dan arifin macam imam ghazali , imam nawawi, ibnu athaillah, imam junaid, shaykh abdul qadir jilani, shaykh daud fatani, shaykh abdul samad palembani, ibnul arabi dan hamzah fansuri ?

Aku memecut perlahan kereta kancilku ditepi lebuhraya taman melati menuju kampus UIA, Gombak. Nama glamour sebab ramai teringin masuk ‘U’ tapi hanya dapat sebut ‘ I and you’. Sayang, setelah aku singgah dan jenguk bilik G33 diblok B, sahabatku Ikmal tiada didalam. Mana pergi dia agaknya ? Salat berjemaah dimasjid atau pergi jumpa kawan ? Tak apa, asal niat aku ikhlas kerana Allah Taala dapat pahala biar pulang dengan tangan kosong. Allah. Allah . Allah. Ya Hayyu ya Qayyum. Ya Dzal Jalai wal-Ikram. Ya Arhamar Rahimin. Engkau maha Mengetahui disebalik urusan sang hamba dhaif ini.

Dengan hati sedih, aku pun putar balik keretaku turun bukit menuju kemasjid baru uia yang jarak hanya 0.5 km dari asrama. Hebat juga masjid ini ,menaranya nampak dari jauh. Boleh isi lebih 50,000 jemaah. Warna biru langit. Waktu hampir masuk salat Isyak. Jadi aku ambil peluang salat jemaah dan buat zikir senyap disebalik tiang masjid. Orang tak nampak. Tiada gangguan. Juga aku boleh sandar. Habis juga Miftah al-Wirid aku baca dalam masa 20 minit lepas Isyak. Sekitar masjid, ramai siswa lelaki buat kelompok usrah atau muzakarah. Ada seorang dua khusyuk berdoa dan berzikir sendirian. Ini mesti ada wirid khas dari guru kesayangan mereka. Mungkin wirid Imam Ghazali atau Shaykh Abdul Qadir Jilani macam aku temui disebuah pondok diKelantan bulan April lalu. Siapa sangka ditahun 2000 ini kita dapat menilik kitab arab al-Fayudhat Rabbaniyya awrad amalan Tariqa Qadiriyya cetakan Darul Maarif tahun 1960an dulu.

Aku tak puas hati lalu bertanya kepada ustaz Mukhtar yang empuya pemilik kitab ini. ‘ Ustaz , masih adakah pewaris tariqat atau guru yang mengajar atau mengamalkan kitab ini di Malaysia pada zaman sekarang ? ‘ Dia menjawap dengan sedih, ‘ Aku jumpa kitab ini kat kedai, orang dah tak nak benda ini lagi. Halamannya sudah uzur dan kuning. Tapi masyaa’ Allah , isinya memang untuk mereka yang dahagakan pengisian rohani. Tuan punya pewaris ilmu ini mungkin sudah tiada lagi’. Aku turut simpati dengan keterangan ustaz tersebut.

Diakhir zikir dalam masjid, aku berdoa hiba dalam hati : “ Ya Allah, malam ini aku tak berhasil menemui sahabatku yang dihajati dikampus ini. Maka, pertemukan aku dengan sesiapa saja yang mencintaiMu dari kalangan pelajar yang ada’. Dalam hati, aku teringat nama saudara azmi kelantan , saudara ibrahim atau redhuan dari korea. Mungkin mereka boleh mengisi kekosongan ini . Aku tak pasti mana blok asrama mereka tinggal. Susah nak cari. Nak tanya semua orang, rasa segan.

sambung...Bhg.2

No comments:

Post a Comment