Saturday, January 10, 2009

Alam Realiti Cyber Redhuan Daniel Oon


Belajar Komputer dan Realiti Hidup
Dari Pengasas Compiere Sifu Redhuan Oon
tapi mulai tahun 2007 telah ranap berpecah dan kini
dijenamakan sebagai Adempiere)

Salam buat pelajardan pengikut setia Compiere,
Cik Puan Ain, Lily dan Mardina (IT Expert of UNITI),

Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi tahniah kerana berjaya mendirikan Compiere dengan sepenuhnya di premis Uniti-IT Sdn Bhd. Bangi/Kuala Lumpur.
(Our friend Dr.Fuad Yeoh Ph.D from Aberdeen UK & BA Quranic Studies, Univ.Yarmuk, Jordan, in UKM then was drafted early to form the pioneer/base operation of University Informasi dan Teknoloji Islam M’sia/Uniti. Progress was slow, until found a land/seaside temporay campus in Port Dickson, he pulled out)

Sukacita dimaklumkan bahawa Anda bertiga telah berjaya setelah berhempas pulas otak,masa, diskusi, bimbingan dan mencuba, gagal, berdaya kreatif dan :

1) Install Oracle 9i (selepas 3 percubaan) –software Filem Matrix/Neo
2) Install Java –bahasa/system computer jenerasi kedua.
3) Compiere-2 – system terbaru dari reject nerder/surplus hackers.

Anda masih perlu (4) Install Eclipse (5) Setup Source dan banyak lagi. Sang Neo akan diberitahu bila perlu mencari Clues, ambil kunci dari Morpheus dan simulasi Kungfu, bercinta dulu dengan Trinity. Unplug from Agent Smith paid by Microsoft. Conduct street batlle with IT students from LimKok wing univ dan MMU foreign legions.

Dan kali ini saya tidak akan lagi membantu tetapi ingin melihat ketabahan anda mencuba dan semangat tidak putus asa yang memang ada pada diri anda (walaupun banyak berlaku kepanikan. You would have been fired if you are in New York, but luckily you are in Uniti where the bosses never want you to quit and even refused any resignation).

Sila sedia maklum bahawa selepas berjaya atau sebaliknya dalam sesuatu tindakan, hendaklah dicatat perjalanan pengalaman secara terperinci, sebelum terlupa.
Fadzilatnya saya sudah acapkali terangkan.

a. Sebaiknya ialah merakamkan butiran berkenaan dalam red1.org forum bahagian Bahasa Malaysia.

b. Sesiapa yang paling banyak membuka tajuk akan diberikan status Moderator dalam forum tersebut.

c. Sila menaikkan status anda demi kebahagian masa depan yang lebih cerah.

Ini bukan amaran, tetapi hakikat pasaran. Anda semua sedia maklum pendapatan alam mutakhir ini adalah bergantung kepada nilai ilmu (dari Ma Lam Ya' Lam) dan bukanlah berbentuk fizikal sekali pun. Kalau anda masih ingat semasa dulu, bahawa dalam zaman gua, ilmu mengenai api dan batu mampu menaikkan taraf manusia.

Hari ini kita berada dalam zaman siber yang saya anggap cuma salah satu lapisan dari Alamiin (anika alam) ciptaan Allah Azza wa Jalla, dan anda tidak ada pilihan kerana Allah 'memaksa' anda memeluk lapisan ini dengan memberikan habuan paling sedikit kepada mereka yang mampu menghidupkan api dan angkat batu kepada habuan paling besar kepada mereka yang mampu membangunkan applikasi internet!!

Saya mempunyai ramai teman dalam perjalanan hidup yang berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke New York tetapi tidak mampu mendapat kerja atau manfaat ilmu itu kerana mereka masih berada pada tahap ilmu yang superseded oleh lapisan ilmu terakhir.

Saya bagi contoh bahawa 15 tahun dulu saya berpendapatan selesa dengan hanya membuat memasang PC, dan 5 tahun kemudian saya jatuh kerana bila Taiwan rakus tu mengeluarkan Klon tak bernilai bernama Acer yang bertaburan di kawasan lanun siber yakni Imbi Plaza sehingga menjatuhkan hasil pendapatan saya dari RM500 satu PC kepada hanya RM100 satu PC.

Saya terpaksa mencipta semula kerjaya saya dengan memasuki bidang pembangunan Laman Web yang memberikan kontrek pertama saya dari Bank Bumiputra (1996) dengan nilai cek RM70 ribu !! tanpa soalan banyak dari sedare saya dalam bank tersebut kerana waktu itu mereka amat terkejut dan takut dengan alam baru ini dan tidak tahu bahawa kerja saya dengan HTML dan Photoshop hari ini boleh dilakukan dengan hanya RM22!

Selepas munculnya FrontPage setahun kemudian (1997) nilai kerja saya masih bertahan pada RM7 ribu sebulan gaji dari Bank tersebut tetapi saya terpaksa sekali lagi mencipta diri dengan memasuki era DotCom dimana Chase Perdana Bhd memerikan kami RM1.5 juta! (on paper je... tak sampai pun) dan sepertimana anda semua maklum saya menjadi WebMaster Siti Nurhaliza (oh ya, saya baru terjumpa 2 keping gambar saya bersama Siti, rupa2nya reporter ada tangkap dan tersimpan dalam album tanpa saya teringat sehingga krew Jakim mari baru2 ini. Maka boleh lihat di TV, apabila Jakim menyiarkan nya Isnin ketiga bulan Syawal di RTM1, 6 ptg nanti).

Tetapi dengan jatuhnya era DotCom (dengan Nasdaq, Nasdaq sekali), saya terjatuh lama kali ini kerana tidak menyangkakan alam ini begitu cepat berakhir. Dan maklum, orang biasa bergaji lima angka takkan nak minta kerja peon. Saya terpaksa berkebun, ya jangan ketawa, dan tidak ada kemaluan disana. Itupun selepas saya musafir selama 2 bulan di bumi Indonesia (meninggalkan isteri sehingga beliau risau ana sudah nikah lagi satu) untuk membawa diri serta mencari makna ayat-ayat Allah yang menyeru kita musafir, saya kembali dan berpindah dari rumah mewah (yang ber AirCond 5 biji, autogate, Jetski, 4 kereta, 2 tingkat, 4 bilik, 3 bilik air, dan Astro - waktu tu amat berstatus tinggi, ler ni taklah, mat kedai rokok pun ada astro untuk pelanggannya).

Saya berpindah ke sebuah kebun 2 ekar yang berkolam. Saya membersihkan tanah kawan saya (Nazri, pengasas Kosmopoint) tu yang sebelah tanah Yousuf Lee (bekas kawan En Zayed jua) juga seorang Cina Mualaf macam saya. Tanah nya yang terbiar saya usahakan (inspirasi dari musafir menyaksikan bagaimana orang Jawa di pulau Jawa membangunkan tanah walaupun ditepi jalan bas stop), sehingga kolam itu berisi 5 ribu ekor ikan telapiah, dan saya tanam sayur-sayuran.

Satu hari ibu kandung saya datang cari saya dan ternampak saya dalam panas terik matahari sedang mengikat batang2 buluh untuk menjadi perangkap nurseri benih ikan dalam kolam tersebut lalu menangis melolong kerana anaknya hidup dalam hutan (Kuang bukan jauh pun tetapi masih berhutan) dan kulit menjadi hitam (Cina amat sensitip kalau anaknya berwarna lain)

Dengan itu saya berhasil menyara hidup saya sekeluarga isteri (still one only) dan anak2 (still 4 only) selama 6 bulan tanpa pergi pasar malam (dulu hypermarket). Saya juga membuat taugeh sendiri dalam jamban yang tidak diguna dalam rumah, air tauhu, roti, dan hampir2 ayam kampung (tetapi kerajaan kita tak boleh diharap apabila menjanjikan mahu tolong petani moden, tetapi benih tak sampai2)

Saya menghasilkan sawi, kacang botol, ulam raja, kacang panjang, timun, keledek, pisang (disapu oleh monyet) malberi, kacang bendi, serai, dll.

Tetapi adalah tidak mengejutkan kalau saya kata apabila say membawa kacang botol yang keluar2 tak henti2 sehingga anak saya muntah makan, lalu itu sebagai alamat bolehlah saya tolak ke kedai runcit, tetapi sebakul besar kacang botol hanya menghasilkan RM5. Sekilo sawi dijual dipasar dengan harga RM0.40!

Itu petanda Allah membuktikan bahawa ya! memang kita tidak susah cari makan dan Allah tidak sekali2 akan membiarkan anda mati kelaparan, tetapi Allah tidak reda anda berhenti di tahap lama. Itu sebabnya hanya 4% peratus dari manusia bercucuk tanam atau terlibat dalam pengeluaran makanan yang mengisi perut 100% 4.5 billion people in this world. Itupun boleh makan over dan over supply darah dalam badan, dan menjadi No1 Killer, bukan lagi harimau atau buaya, atau pacak.

Memendekkan cerita, saya berdoa, untuk petunjuk Allah, maka hari ini saya menjadi the Uno Numero Compierean in the World. I am the Best of the Best of the Best.
Rakan saya adalah tertabur di seluruh dunia, dan mereka bukan calang2 orang mahupun memandang rendah saya.

Isnin depan Mr. Martin Koenig dari Switzerland ingin berjumpa saya. Hari-hari Andre Lengendre (pembuat sistem Renault, Alcatel dan France Olympics security system akan berinteraksi tugas dengan saya). Steven Sackett dari Australia akan outsource projek baru kepada saya (dan anda berpeluang terlibat dalam kek yang global ini).

(yang penting dalam cerita ini adalah siapakah 'red1' dan apa rahsia kekuatan beliau mengharungi jalan cyberia persis menerokai satu alam lain atau jalan tariq yang unik..dalam hidup kita semua yang ditenggelami arus, cahaya dan berita sensasi IT saban saat jam dan hari..)

sambung...bhg.2

1 comment:

  1. Saudara yang computer savvy dengan perkembangan terkini open source sistem perancangan pembangunan data komputer untuk dunia bisnes tentunya (Economic Resource Planning-ERP) akan kenal dengan open source percuma dari Adempiere. Pelopor dan ketua pengasasnya adalah Red1 atau Redhuan Oon dari Kuang, Sungai Buloh, Selangor.

    Hamba masih buta bab aplikasi Adempiere ini kecuali budak universiti atau system analyst tentu kagum dengan pencapaian anak malaysia. berbangsa china muslim pulak. Berfahaman tinggi dalam zen, tasawwuf dan politik islam. Kini dunia sedang mengejarnya, beberapa website penyokong Adempiere telah bangkit untuk melawan dan memecahkan monopoli software ERP yang berbayar. Harap ambil peluang dan belajar dari sifu kita Master Red1 from Bamboo River, Kuang.

    We need more apprentices so one day they became masters of their own empires. We dont need big companies to enslave us and work hard for their vast profits.

    The way to freedom lies in true knowledge and wisdom that Allah Taala had created many alams and rezeki for His slaves. Only you need to polish and unveil your own secrets.

    ReplyDelete