Dan adalah bagi Shaykh itu berapa alamat yang menunjokkan dengan dia oleh murid yakni mengambil dalil oleh murid apabila berdiri cahaya mata hatinya dan dikehendak daripadanya memberi menafaat atas dua tangannya dan iaitu tiga alamat :-
a. Alamat yang pertama bahawa melihat zatmu yakni hatimu itu baginya dengan terdahulu yakni dengan mendahulukan dia dan sirr kamu itu dengan memuliakan dia dan membesarkan dia seperti sabda Nabi SAW �Minta petua hatimu dan jika mempetua akan dikau yang mempetua.”
Akan ini alamat seperti umpama pintu nisbah dengan yang kemudian dua lagi kerana tiada dapat masuk akan dia kepada tempat sekedudokkan nya dan tiada nyata suatu daripada pengertian makna nya melainkan dengan dia seperti kata setengah daripada musyaikh yang mursyidin bagi orang yang menuntut daripadanya berpaling olehmu kepadanya yakni melihat akan dia katanya tiada dapat yang demikian itu hingga datang ia akan kami seperti orang sakit apabila datang kepada dukunnya maka tiada memberi faedah hingga datang kepadanya dengan iqtikad yang sempurna dan menerima barang yang ia beri kepadanya dan melihat ia ialah yang terlebih memberi menafaat ubat bagi sakitnya maka tatkala itu diputuskan memberi bekas ubat itu bagi orang sakit itu. Demikian lagi sakit nafsu dan hawa.
b. Alamat yang kedua bahawa adalah ia menyucikan dikau perangainya dan menadabkan dikau oleh jalan kelakuannya dan menerangkan dikau batin engkau dengan cahayanya kerana Shaykh itu orang yang sudah suci dengan kelakuan dengan Tariq Muhammadiyyah maka barangsiap kesedudokkan dengan dia jadilah padanya sifatnya dan perangainya kepada mertabat yang ketinggian maka zahirnya berhias dengan jalannya dan batin bercahaya dengan terangnya maka jadi tipis dan berhias ia tatkala itu dengan tiap-tiap makna kilatnya.
c. Alamat yang ketiga bahawa menghimpunkan hati engkau didalam khudurnya dan memelihara akan dikau dariapda bercerai-cerai didalam ghaib engkau daripadanya oleh bekas nurnya kerana adalah ia sempurna perentahnya dan pelihatnya maka memerintahkan didalam ghaibah kamu seperti memerintahkan keadaan didalam khudur kamu dihadapannya dengan ketiadaan bersalahan dan ini maqam yang amat tinggi diberi akan dia Allah SWT.
d. Setengah orang yang kamal daripada Mursyidin maka bahawasanya melihat dan memerintahkan jikalau bukan daripada syarat pada Shaykh seperti barang yang sudah tetap pada perkataan orang yang Arifin tetapi adalah daripada menunjokkan kelebihan pemberian Tuhannya dan sunggohnya syaratnya yang tak dapat tiada daripadanya itu berjalan akan jalan ini serta taulan dan telah memutas padang dan rimba di dalam perjalanannya dan mengetahui akan segala tempat perhentiannya dan manahalnya supaya menunjokkan ia atasnya akan orang yang salik apabila berjalan serta mereka itu dengan kenderaannya didalam demikian jalan itu.
e. Maka ijtihad olehmu hai saudaraku pada menghasilkan umpama Shaykh ini dan gigit dengan gigimu atas berkhidmat akan dia dan peliharakan adab bertaulan dan baikkan perangai supaya sempurna bagimu barang yang terdahulu sebut dan berkekalan tuntut pada hadratnya seperti kata,
Hikam Terakhir : Shaykh RA :
”Jadi olehmu (hai salik) berserta(berkumpul)
Fuqara dengan berjinak-jinak dan terhampir hati
sertanya dan berserta ahli Sufi (ahlil tasauf)
dengan adab dan bertambatan hati sertanya
dan berserta guru-guru Masyaikh
dengan berkhidmat dan loba
dan beserta orang yang Arifin
dengan tawadhu dan merendahkan diri
baik perangai didalam perjual beli engkau
serta tiap-tiap seorang
dengan barang yang menjinak akan dia
dan jangan kamu liar akan dia
maka berserta Ulamaï dengan baik
mendengar dan berkehendak
dan berserta Ahlil Makrifah
dengan diam dan menanti
dan berserta Ahlil Maqamat
dengan tauhid dan inkisar”
Sekian, dari hamba kini menetap dipondok Dailin Nur, pimpinan Dr.Anqaravi dan Master Izi negeri matahari terbit.
No comments:
Post a Comment