Salam pembaca dan pencinta sufi budiman,
Hamba menerima emel menarik dari seorang sahabat lama mengenai kisah perjalanan sidi badris dari riau, dirasakan amat menarik dan unik kerana melibat pelbagai kisah, kitab dan shuyukh dan dakwah semasa. Silakan menatap dan insya Allah, lebih banyak soalan dari jawapan yang kita akan temui. Apakah ini kisah realiti atau fiksyen dan dimanakah para fuqara/salik yang dipaparkan dikalangan kepulauan nusantara ini ?
CATATAN PERJALANAN FAQIR SIDI BADRIS
DARI RIAU PADA 16 SEPTEMBER 2006
Ring-ring..telefon dirumahku banglo berkembar Presint Promenade, Putrajaya berbunyi. Sang isteri lalu angkat.. ah tiada kenal suara orang ini. Lalu aku ambil gagang dan bicara dengan pemanggil asing itu. “ Saya Badris, dikirim oleh Bapak Angka dari Riau untuk berkunjung dengan sahabat jemaahnya di Kuala Lumpur. Dia bilang nama Sidi Karim dan Sidi Amir. Saya baru habis hadiri seminar Jaringan Alam Melayu Antarabangsa di Melaka dari 13-15 Sept. 2006’. “Okay, saudara bisa jumpa saya pada petang atau malam Sabtu ini. Kita ada majlis zikir dan pengajian The Hundred Steps Sh.Abdal Qadir as-Sufi dirumah Sidi Muzammil di Bangi. Harap telefon lagi bila sampai Kuala Lumpur’.
Besok harinya, langit amat cerah dan awan biru bergerak ditiup angin melepasi ruang damai persekitaraan Putrajaya and Cyberjaya. Kira-kira 4.00 petang ring..ring..ah bunyi telefon lagi.
‘Sidi, saya Badris sudah sampai di Putrajaya. Mahu salat Zuhur sekarang. Saya naik bas dari Puduraya, turun di Kompleks Perdana dan jalan kaki sampai Mesjid Besar tepi tasik’. ‘tunggu didana. Sepuluh minit saya akan sampai dengan kereta Neo Satriaku. Lepas mencari parking ditepi pohon lazuardi, lorong as-Souq, aku berjalan kepintu mesjid. Sidi Badris melabaikan tangannya bila kenal saya dari jauh. Kami pernah bersua ketika berlansung Seminar Pengakraban Murabitun Riau-Malaysia di Tanjung Pinang pada Disember 2005. Lapan fuqara dan 2 faqirat Malaysia menaiki feri dari Stulang Laut berjaya mendarat dan disambut Pak Ahmad Angka dijeti. Van mini sedang menunggu kami dipandu oleh Pak Boerhanudin. Kami bersalam dan berpeluk erat bila bertemu diruangan air pancur masjid. Wah, ramai pelawat asing petang itu. Ada berbangsa china, jepun , arab dan Pakistan. Apa gelora rasa yang manusia moden gersang sedang mencari ? Sementara itu…khazanah dan permata hikmah islam hilang dibawa arus konflik, catur politik, perang, korupsi, faham ismaili, kemajuan ekonomi, naga kapitalis dan bunga-bunga riba dihiasi neon globalisasi.
Anak muda Sidi Badris berasal dari Sumatera. Berusia sekitar 27 tahun. Belum kahwin atau belum mampu mendirikan rumahtangga. Ramai muslimah menanti. Warga Minangkabau ujarnya. Serigarpari.. tak jelas marga kampungnya di Padang. Orang tuanya keturunan alim dan bercucuk tanam kopi dll . Atas gunung sejuk, amat subur juga. Tapi sudah lama merantau ke Jakarta, terlibat gerakan reformasi islam ketika di Universitas. Bantut belajar, tak habis ..apa sebab tiada dinyatakan. Kemudian berkelana musafir ke Kepulauan Riau (Kepri). ‘ Asalnya saya mengaji di beberapa pesantren dan mahir juga bahasa arab. Tiada kerja tetap. Boleh juga mengajar kitab-kitab macam Minjaul Abidin, Hidayatul-Salikin, Hadis Bukhari-Muslim, Hadis 40 Imam Nawawi dan Hikam Ibnu Athaillah.’ Jadi sekarang, saya diamanah buka Wakala Dinar Emas di Riau atas dokongan Pak Angka dan Pak Huzrin. Ketika ditanya : ‘ Saudara boleh berbahasa Inggeris ? Dia jawap: ‘Maaf, bahasa Inggeris saya amat kurang. Seputar faham 20% sahaja’.
Sidi Badris kagum melihat pemandangan indah sekitar Dataran Putrajaya, Boulevard dan ternampak Istana Agung Melawati disaluti atap merah serta Residen Perdana Menteri warna hijau muda.’ Disini hampir 80% pejabat Kementerian,agensi dan kantor Kerajaan Federal Malaysia telah dipindahkan dari Kuala Lumpur’. Kami naik kereta berpusing di jembatan gantung unik, keliling tasik dan masuk ke Presint 10 dan menuju Presint 11. ‘Rumah Dinas’, kata Badris bermakna rumah atau kediaman rasmi pegawai kerajaan jika di Indonesia. Bukan rumah sendiri.
Sambil muzakarah berbual dan minum teh petang, kami bincang juga kisah –kisah Umar Vadillo, Shaykh Abdal Qadir as-Sufi, Amir Ahmad Iwan Bandung, Sidi Abbas di Jakarta, Dr.Asadullah Yates dan Rais Abu Bakar Rieger yang berkunung ke Indonesia tahun 2005 yang lalu. Sidi Badris kurang mengikuti perkembangan murabitun dunia luar kerana tiada memiliki komputer internet. Masih miskin dan kalau mau, kena pergi ke Warung-Kafe Internet. Rp1,500 satu jam katanya. ‘. Homepage Islamhariini.org yang masyur itu berbahasa Indonesia itu dia belum kunjungi. Kesian, juga.
‘Nah, lihat ini gambar –gambar Guru kepada Shaykh kami iaitu Shaykh al-Kamil Muhammad ibn al-Habib, Shaykh Fayturi, Shaykh Zamzami dan beberapa sufi-fuqara Maghribi, Wali al-Bahlil as-Sahrawi , Mulay Sadiq, Sidi Hasan . Badris termenung sebentar dan bertanya, ‘ Buku Meaning of Man – karangan Sidi Ali al_Jamal, saya belum baca. Wah…jika penulisnya Guru kepada Shaykh al-Arabi ad-Darqawi, tentu dia banyak karama dan baraka.
‘It is book for the shuyukh’.
‘One word or one sentence from the light of the wali can transform a seeker’.
One man of inward can illuminate a whole city. We write it on the cave wall.
We write it on your heart’.
Demikian beberapa komen mengenai buku ini. Ada juga berkata- ‘ Aku sudah baca, tak berapa faham’. Pintasku, ‘ Buat zikir dan duduk dengan fuqara dulu. The hearts of awliya are the ruh or support for books. Reading books alone can be veils to traveling. So many kuffar orientalists wrote and commented on Ibnu Arabi books. Are they muslims ? Are they become Sufis ? Look at such names as William Chittick, Choldzerski, Henri Courbin, Carl Lewinson, Anne Marie Schimmel and T.Isutzu.’
..sambung Bhg.2...
No comments:
Post a Comment