We found this excellent malay poems somewhere which expressed the admiration of teachings from ancient chinese/philosophy. Hopefully someone can translate it into english or mandarin as below.
SHENG REN CHUN TZI
Kebangkitan asia pembina jenerasi
kitab klasik I Ching masyur kembali
Sheng ren chun tzi bawa mesej sejati
tiori samuel huntington kita hindari
JalanTao menyinari kancah dunia.
Memaut insan harmoni alam semesta.
Imbangkan diri mengikut Jalan Li mulia
Pupuk akal budi-Te tiada henti
kelak engkau mencapai rahsia Tian-ti
Semua tafsiran ini payah dimengerti
Ajaran klasik china hilang seri
jenerasi baru jahil tiada mengaji
takdir langit tao tinggal fragmentasi
syurga firdausi bukan ilusi
rabbi habli hukman wa hiqni
bis-shalihin. Zhenzhu xie-xie ni.
YIN YANG MANA SATU
Hurrah penterjemah seberang selat melaka.
Karyawan tetangga dahului dewan bahasa.
buku dr.sachiko murata popular dijakarta.
The Tao of Islam.apa komen ulama kita
jika tiada berminat dengan falsafah china.
harta mukmin yang hilang ilmu berharga
tuntutlah dia hingga hujung benua
Pemikir jerman herman hesse –
pertama kali nama menjelma.
pujangga mana belajar jampi mantera ?
Novelnya-Perjalanan keTimur tidak lapuk
buat mereka yang berakal katup.
Insan barat mencari pendita hukama,
jenerasi muda kota desa asyik berfoya.
Tanda Islam kita sudah sengsara.
Ibu bapa moden tiada kurangnya.
Tak sempat mengaji di sekolah sekular
Bukan mencari salah dan cerca.
Ayuh kita atasi masalah kritis segera
Jemput guru arif india jepun china,
menyuburi hikmah nurani bangsa.
MAWAR DURI
Semua insan percaya Tuhan.
Kacau dunia kerana menafi agama.
Binasa punah puak tak percaya.
Ideoloji liberal pujaan mereka
Jika tiada awas diri dalam bahaya
Dialog arnold tonbyee dan ikeda suzuki.
Saring istilah sempit ambil yang murni,
baru mudah realiti melintasi dominasi.
Fukuyama berkata sejarah menuju sepi
Kapitalis barat menakluki musuh tradisi
Ibn khaldun menulis Muqaddimah terperi
Hafiz dan Rumi memecah benua sunyi
Penuh cinta asrar rabbani merawat diri.
pembaca bebas mengutip mawar atau duri.
Sangat sedih pujangga tanah pertiwi
bila puisi maknawi dicemari mediokriti
TIUPAN NAFIRI
Jernal Elit Pemikir bila nak beli
Bicara pelik berstatus tinggi
Harga mahal membuat kita gigit jari
kekosongan rohani sukar diisi
usah menunggu tiupan nafiri
sajak puisi memukau inderawi
huruf makna membina bahasa
bahasa membina tamadun
kaligrafi senjata sifu sufi
seruling kitaro pengganti.
(Ihsan karya @ Dailin Nur
bertarikh 18.10.2006 )
No comments:
Post a Comment