Thursday, January 1, 2009

Mengenali Shaykh Mursyid Dari Hikam Abu Madyan



Di alam melayu, isnad ini diperolehi oleh Sh.Daud al-Patani yang berjaya mensyarah Kitab Hikam Abu Madyan. Manakala sh.Wan Ali Kutan juga membangsakan tariqatnya kepada silsila Syaziliyya-Shattariya seperti dicatit dalam kitabnya Lamaatul Awrad yang masyur).

Ketika mengemaskan almari khazanah buku dan kitab lama minggu lepas, hamba terjumpa kembali satu fail lama. Bila dibuka, wah ada draf Kanzun Minan karya Sh. Daud Patani yang dirumikan oleh sahabat tidak dikenali. Kata orang sufi. Rajin mencari pasti jumpa. Oleh kerana zaman ini ramai orang nak mencari Guru, maka dua petikan ini dirasakan amat relevan. Hamba bukan ustaz, bukan alim dan tiada ijazah sarjana dibidang Tasawwuf. Tapi dah lama mengaji dan kembara. Dialam perpustakaan, alam cyber dan alam gelombang islam zaman 1980 an dulu. Seorang Alim pernah berpesan pada jemaahnya : Lagi faqir merendah diri lagi diangkat dan dibuka alam rohani. Hamba tak layak mencari dan mengajak jadi murid. Macam nasihat Sh.Abu Madyan seperti berikut :

Baris Hikam Kedua terakhir :

”Bermula Shaykh itu orang yang mensaksikan
baginya zat(hati)mu dengan mendahulukan dia
dan sirrmu dengan ihtiram (kemuliaan)
dan membesarkan Shaykh itu orang yang menyucikan
dikau dengan perangainya dan mengadabkan dikau
dengan jalannya dan mencahayakan batinmu
dengan terang cahayanya Shaykh itu
orang yang menghimpunkan dikau
didalam hadrat engkau dan memeliharakan dikau
didalam ghaibnya dengan athar cahayanya.”

1. Maka apabila berhias hai saudara ku dengan kelakuan
syariat dan berpakai engkau dengan adab tariqat maka tak dapat tiada serta yang demikian itu daripada Shaykh taulanmu didalam jalan ini yang mengambil dengan tangan engkau didalam sesat dan memberi menafaat pada tiap-tiap kepicitan.

2. Kata Abu Yazid RA-‘Barangsiapa tiada Shaykh baginya maka syaitan itu Shaykhnya� dan barangsiapa berkehendak memutuskan perjalanan didalam bumi tiada dapat yang demikian itu melainkan dengan dalil yakni orang bawah jalan dan jikalau tiada maka sesat dan putus dan berpaling daripada jalan maka betapa dengan orang berkehendak memutuskan umpama ini jalan.

Maka berjauh-jauhan dapat yang demikian itu melainkan dengan Shaykh yang mursyid tak dapat tiada daripadanya supaya dapat tahkik dan didapat umpamanya sangat sedikit tetapi terlebih tinggi sedikit ada daripada Kibritulahmar tetap orang yang bersunggoh-sunggoh tuntut dimudahkan Allah baginya yang demikian itu dan tiada sampai seorang kepada Haq SWT melainkan dengan kurnianya.

3. Demikian lagi tiada dapat sampai kepada Shuyukh yang Murshidin melainkan dengan kurnia seperti kata pada Hikam Ibn Ataillah :

”Maha suci Tuhan yang tiada menjadikan dalil atas AuliaïNya melainkan daripada sekira-kira dalil atasnya dan tiada disampaikan kepada mereka itu melainkan orang yang hendak disampaikan dia kepadaNya”

sambung...Bhg.1

1 comment:

  1. Courtesy of Abdal Hakim Murad homepage:

    Two inspiring examples of Christians ‘troubled by Islam’ might witness to the importance of this project.

    To the loss of the world, there is currently no great Christian theologian of Islam who can match the depth and wisdom of the French priest Louis Massignon. Massignon (1883-1962), author of some of the most enduring classics of Islamic studies in the West, was himself an active theologian. Representing without doubt the high-point of Christian attempts to understand Islam, his immense erudition was very nearly matched by his spiritual acuteness and humility.

    Unusually for a Christian of his time, and following a deep study of primal Islam and its spiritual consequences, he recognised the authenticity of our Prophet’s mission from God, although he took the view that it was primarily a mission to the Jews.[40] Some persist in the belief that Massignon was privately a Muslim; the belief is based on the story of his conversion at the Üsküdar Mevlevi Lodge in Istanbul.

    The last incumbent (post-nisin), Remzi Dede, apparently told him: ‘Inwardly, you are a Muslim. Outwardly, if you continue to wear your priest’s cassock you will serve Islam more successfully’.[41] Massignon’s leading pupil, Vincent Monteil (d.2005), formerly professor of Arabic at the Sorbonne, would not be drawn on the story of his mentor’s conversion; but he himself took Massignon’s wisdom to its logical terminus, and accepted Islam.

    I still treasure the memory of Vincent’s guidance and his quick, erudite humour.

    ReplyDelete