TE – Akhlak/Budi/ Ihsan
15. Istilah Te seringkali disebut dalam kitab klasik china dimana semua manusia beradab dihendaki mengisi dirinya dengan sifat dan amalan selaras dengan prinsip te. Huruf TE - juga ada 3 huruf asas /makna komposit yang saling berkait. Kita petik dari ANALECTS/LUN YUN mengenal TE :
"What the Great Learning teaches is to cultivate illustrious virtue, to renovate/transform the people; and to rest in the highest excellence".
"The ancients who wished to cultivate illustrious virtue throughout the kingdom, first ordered well their own states. Wishing to order well their state, they first regulated their families. Wishing to regulated their families, they first cultivated their persons. Wishing to cultivate their persons, they first rectified their hearts.
Wishing to rectified their hearts, they sought to be sincere/pure in their thoughts. Wishing to be sincere in their thoughts, they first extended/seek to the utmost of their knowledge. In the Ta Chia, it is said: 'He contemplated and studied the illustrious decrees of Heaven"
16. Huruf gabungan pertama dalam TE disebelah Kiri: …….menunjukkan interaksi dua manusia iaitu mereka mesti berurusan dengan baik/ saling hormat/menunaikan hak. Huruf kedua dikanan ……..atas bermakna offerings to Heaven. Ibadah/persembahan/pengorbanan diri, harta/ makanan.Macam kewajipan zakah dalam Islam atau sedekah. ! Huruf asas dipetak bawah TE ialah hsin/hati. Yakni semua ibadah/ pekerjaan itu dilakukan dengan hati yang ikhlas. Penuh iman. Disini fahaman klasik china mementingkan hati/qalbu sebagal jiwa insan bukan akal fikiran yang diagungkan oleh Barat. Intelek itu berlainan fungsi dengan hati. Sains dan teknoloji serta kemajuan kebendaan adalah hasil intelek tetapi apa terjadi kepada agama bagi orang barat ? Bagaimanapun soal manusia beriman atau tidak tertakluk kepada pencarian melalui ketajaman akal dan juga keikhlasan hati serta hidayat dari Allah seperti disentuh dalam ayat Quran 5:48 :
Kepada setiap bangsa/kaum , Kami berikan mereka Shariat /Agama dan Jalan Hidup ( Manhaj). Jika Allah kehendaki niscaya Dia membuat kamu semua beriman tetapi (hikmahnya) Dia mahu menguji kamu dalam apa yang diberikan kepada kamu dalam kehidupan dunia ini.
17. Kekurangan dan kelemahan ajaran klasik china adalah ketiadaan otoritas Wahyu Tuhan/Langit/Tian dan shengren/filasuf mereka sudah diabaikan dan tidak dianggap mengikat. Mereka tiada prinsip kewajipan beriman/taat kepada Tuhan/Tian dan Rasul atau Kitab suci, jika ingkar dianggap binasa dan disiksa dihati Akhirat. Mereka mengganngap Kitab TaHsue, Chung Yung, LunYu dan Tao Te Ching itu sebagai khazanah / pemikiran/ilham dan ajaran manusiawi yang agung tetapi tidak ‘divine’.
Mereka juga menghadapi masalah mengenal , memuji, menyeru dan mengagungkan Tuhan/Pencipta yang Esa kerana keterbatasan istilah/nama Tuhan dalam bahasa mandarin. Ini tidak menjadi masalah dalam Islam yang menganjurkan umatnya memuji,,berzikir , beribadah dan berdoa melalui 99 Asmaul Husna / Nama Allah yang Indah dinukilkan dari al-Quran dan Hadis Nabi. Kita juga bermasalah apabila tidak faham apa itu KeLan Jing !
18. Masalah kita adalah bagaimana hendak mengajak bangsa china menghayati akarumbi falsafah mereka tapi dengan melalui perspektif dan sinar nur Islam. Kita mungkin hanya boleh ambil sekitar 10% atau 20 % daripada ajaran klasik tersebut untuk dibicarakan dengan mendalam dan memerkayakan fahaman tersebut dengan dimensi Tawhid. Kita perlu menambahkan gambaran Islam melalui huraian hakikat Alam Ghaib seperti alam Malaikat, alam Akhirat , Kewujudan Iblis/Syaitan, Hari Qiyamat, Syurga dan Neraka ,Hari Masyar/Hisab. Tanpa kita mendalami aspek tawhid dan tasawuf /jalan Sufi, kajian perbandingan dengan falasafah china yang mengagungkan hikmah agak sukar dilaku¬kan.
sambung Bhg.5...
No comments:
Post a Comment