Saturday, January 17, 2009

Jejak dan Debu Fuqara Darqawiyya Di Nusantara




1968. Shaykh abdalqadir as-sufi diarahkan oleh guru pertamanya shaykh Muhammad ibn al-habib (fez dan meknes, moroko)untuk kembali ke England menjalankan dakwah dikalangan bangsa eropah. Beliau diberi izin dan tugas sebagai muqaddim sufi, mengamalkan Miftah al-Wird dan bacaan Diwan gurunya yang berisi berbagai qasidah,doa,zikir, salawat dan ilmu tasawwuf. 1971-shaykh Muhammad ibnul habib meninggalkan dunia.

1972-1974. Beliau menulis buku The Book of Stranger dan The Way of Muhammad yang menarik ramai pembaca barat kepada Islam. Jemaah semakin berkembang disekitar London dan menarik perhatian pelajar Malaysia.

1976. Shaykh abdalqadir bertemu shaykh Muhammad al-Fayturi di Benghazi, Libya dan setelah menjalani suluk/khalwa dan pembukaan nur asrar oleh Allah Tabaraka wa Taala , beliau mendapat izin sebagai guru mursyid. Kata gurunya : ‘Tariqa ini adalah satu. Bukan silsila, wazifa, wirid atau sanad tetapi matlamatnya adalah marifa Allah. Sekarang tiada tangan atas tanganmu ! Journal of Darqawi Institute diterbit-kan mengandungi anika rencana menarik mengenai aktiviti dakwah, terjemahan karya sufi dan ulasan isu semasa.

1976-1977. Sidi Umar dilantik sebagai muqaddim pertama dari Malaysia. Sidi Shams dilantik sebagai muqaddim kedua. Sekumpulan fuqara melayu telah diarahkan menziarahi Maghribi untuk mengambil baraka dan pengajaran dari para salihun dan arifun dari kalangan murid dan muqadim shaykh Muhammad ibnul-Habib. Mereka adalah SZ, MS, MD, WZN , NJK dan ZH. Dua murid kanan dari golongan salihun dan arifun iaitu Wali Bahlil dan sidi Muhammad Kursi telah membacakan doa khusus untuk kumpulan fuqara dari Malaysia yang julung kali sampai keceruk padang pasir Sahara di selatan Moroko.

1978-79. Kebanyakan fuqara telah habis mengaji dan pulang ke tanah air dan memulakan amalan taiqa bersama dengan jemaah kecil sediada. Jemaah semakin aktif dengan adanya majlis zikir/ilmu setiap minggu dan program bulanan. Kami diberi arahan supaya melawat semua guru dan ulama melayu serta menyampaikan mesej shaykh abdalqadir untuk menghidupkan tariqa sufi dialam melayu.

1980. Buku Jihad A Groundplan dicetak di Malaysia yang menggariskan program kebangkitan islam melalui model ribat serta isu gerakan modenis. Faqir Ahmad Thomson penulis buku Jesus A Prophet of Islam dan Dajjal melawat Malaysia serta menziarahi pondok di Kelantan. Dua fuqara china muslim iaitu sidi hilmi dan sidi hashim mengembara ke Pakistan untuk mengaji bersama shaykh zamzami.

1981. Ribat atau zawiya pertama beroperasi di pinggir kota KL, kemudian berpindah ke Bangi dan jemaah makin berkembang.Buku The Hundred Steps dihasilkan oleh shaykh abdalqadir yang mengupas istilah, maqam dan tangga-tangga perjalanan sufi untuk fuqara mengikut tradisi tariqa darqawi-shadhili yang muktabar.

1982. Buku Root Islamic Education dihasilkan dan beliau menggunakan nama al-Murabit sempena perkataan ‘ribat’ yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis Nabawi merujuk kepada orang yang berjihad fisabiliLlah serta mempertahankan Islam dari serangan kuffar. Beliau mengarahkan fuqaranya mempelajari al-Muwatta Imam Malik, as-Shifa Qadi Iyad, Tafsir Jalalayn, Risalah Ibn Zaid, Ibnu Rusyd, Amal Madinah dan mendalami bahasa Arab. Sidi umar dilantik sebagai amir Malaysia yang pertama.

1983-88. shaykh abdalqadir menghasilkan buku-buku penting seperti QuranicTawhid, For The Coming Man, The Sign of Sword, Letter To African Muslim, Resurgent Islam, Self Knowledge dan disamping itu melalui Diwan Press/Madina Press, karya-karya klasik terjemahan diterbitkan seperti Fusus al-Hikam Ibnu Arabi, The Meaning of Man-sidi Ali Jamal, Darqawi Letters, Knowledge of God –sh.Alawi dan Handbook of Islam-sh.Uthman Danfodio.

Dalam tempoh ini, ramai murid beliau telah melawat, bermusafir dan berdakwah di Malaysia seperti dr.muhammad kassim, umar vadillo, asadullah yates, dr.dalmau, haji abdul hasib, dr.abdal hamid evans, sidi abdullah powell dan haji amin mayet. Sidi Idris bertemu sidi shaykh di Granada, sepanyol dan dikurniakan izin khalifa untuk alam melayu nusantara.

1989. Buku The Hundred Steps, Root Islamic Education dan Diwan Shaykh Muhammad ibn al-habib diterjemahkan kebahasa Malaysia.

1990. Sebuah ribat telah disewa di Ulu Klang sebagai pusat aktiviti. Shaykh abdalqadir melawat Malaysia selama dua bulan dan mengadakan pertemuan dengan alim ulama, para pemimpin dan fuqaranya, memberi syarahan di Universiti Malaya. Buku Usury the Injustice of Our Times dan al-Muwatta diterbitkan di Malaysia.


Lawatan dibuat ke pondok Patani dan Ustaz Baba Abdul Aziz di Yarang menerima izin wirid sufiyya . Hubungan dibuat dengan jemaah pondok di Tar Tujuh, kelantan.

1991-2000. Jemaah memulakan pengajian tafsir kitab jawi Baidhawi. Sidi shams memulakan pengajian syarah kitab Hikam Abu Madyan karangan Shaykh Daud Patani. Usaha membuat dan menyibarkan penggunaan dinar emas dilakukan dengan pelancaran oleh Rais Umar Vadillo di Kelantan. Buku The Return of The Islamic Gold Dinar (Umar vadillo) dan The Return of The Khalifate ( shaykh abdal qadir) diterbitkan.

Majalah SINAR setebal 72 muka surat dalam bahasa malaysia dan inggeris dilancarkan di Malaysia mengandungi anika artikel menarik dan kupasan isu umat islam semasa termasuk dinar islam, tiang zakat, krisis ekonomi riba, terjemahan kanzun minan hikam abu madyan dan ulasan ringkas buku-buku shaykh abdalqadir.

Melalui usaha dan kunjungan ukhuwah ke Kuala Lumpur, tiga pemuda Indonesia telah membuat perjalanan ke Tangier, Maghribi untuk menghadiri Moussem Shaykh abdalqadir. Alhamdulillah wa syukrillah, dalam pertemuan julung kali tersebut sidi ahmad iwan telah dilantik sebagai amir Indonesia dan juga sebagai muqaddim. Perkara ini jarang terjadi tetapi mencerminkan keikhlasan dan kekuatan azam mereka yang mengenali kelebihan seorang guru sufi yang tidak mundur berjihad dan berdakwah disemua bidang.

Persidangan Ekonomi Politik Islam USM Ke3 diadakan di Dewan Muzium Islam, Kuala Lumpur pada 20 November 2000 dengan thema kerjasama Islam Asia-Eropah yang melibatkan ramai tokoh, intelektual dan fuqara pelbagai bangsa dari seluruh dunia. Diantara kertas kerja utama dibentangkan adalah seperti berikut :

a.Keynote address by Shaykh Abdalqadir as-Sufi
b.Pemikiran Ibnu Rushd – Dr.Asadullah Yates, Weimar institute, jerman.
c.Amal Madinah dan Imam Malik – Dr.Yassin Dutton, Oxford.
d.The Political Philosophy of sh.Abdal qadir as-sufi- oleh Riyad Asvat,Australia.

e.The Works and Da’wa of Shaykh abdal qadir as-sufi and recovery of Islamic teachings- Haji Abdal Haqq Bewley.
f. The Politics of Medicine – Dr.Muhammad Dalmau, Highland clinic, Scotland.
g. Heiddeger and Technological Society- Haji Abu Bakar Rieger, Germany.


2001. Tahun ini merupakan detik terpenting dalam sejarah murabitun Malaysia dimana usaha lebih tiga tahun telah menyakinkan Universiti Sains Malaysia (USM) menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada shaykh abdal qadir as-sufi pada majlis konvokesyen pada bulan Ogos 2001 di Pulau Pinang oleh Canselor USM Sultan Perlis. Beliau juga memberikan syarahan bertajuk – ‘The Return of Fiscal Islam ‘ kepada para jemputan khas dalam siri ceramahan wacana antara-bangsa USM.

bersambung...

1 comment:

  1. To Stay or To Move :

    The one who says, " No, because I have these important things to do", is of course blind, ignorant and lost, and only trouble will come to him because that itself is the contract of trouble.

    The contract of Dunya is the contract of trouble....Thus, being free to go and free to stay, being free to move and being free
    to be still - this is the mark of the Man. At this point you say that he is Rajul (full, mature and illuminated).

    These are the RijalaLlah - those ones to whom these two ( almost similar to the states of Yin and Yang..cool shade and powerful hot sunlight, inward and outward, advance and retreat....etc ) are the same, because their only concern is what is pleasing
    to Allah, subhanahu wa taala.

    If there is compulsion for him to go, and he says, " No, I am going to stay", he will do it from this inner state and condition which means that they are the same for him. If they are not the same for him, he will hold back until he has achieved that balance in himself.

    What that means is that the imposition and the demands and the necessities and the obligations of Dunya no longer matter to the heart of the Lover of Allah. The evidence of this- and this is the sign of the mature, experienced Sufi, the man who is strong on the Path - is that it is the same to him to stay (live in one place, city, state) or to go (travel, move,live) elsewhere.

    This is the fifth phase of Seeker Love - Istinas - Desire for Attachment. Desire then comes to the lover to have this attachment to the Divine Experience. This manifest itself
    by the breaking of the contracts of Dunya.

    ReplyDelete