Monday, January 12, 2009

Hadiah Kitab Salawat DiMasjidil Haram





SubhanaLlah, tak sangka disuatu pagi sebelum salat Fajar di Masjidil Haram pada 2004 hamba duduk bersebelahan dengan 2 fuqara dari Turki. Jarang jemaah Turki berjubah dan serban putih. Mesti ikhwan sufiya-teka hatiku. Selepas bersalam, cium pipi ,kami bertukar khabar dan lalu mereka hadiahkan sebuah kitab hijau kecil.

Bila diamati ianya Dalailul Khayrat karangan Sh.Jazuli as-Shadzili dari Marakesh, Moroko. Baraka hari Jumaat agaknya ! Hamba berazam membaca sebahagian kitab/isi selawat ini setiap Jumaat atau masa lapang semasa musim haji. Ole-ole unik dari negeri bermakamnya Sahabat Ayyub al-Ansari. Fotonya diatas.

No comments:

Post a Comment