Malam penuh baraka dan luar jangkaun nota diari harian itu, kami pun meneruskan aktiviti mingguan mengulangkaji pelajaran atau kupasan mengenai buku The Hundred Steps SAQ bermula sejak 2006 lalu iaitu meliputi topic-topik berikut :
Minggu pertama Ogos – Bab Nafs
Minggu kedua Ogos – Bab Ruh
Minggu ketiga Ogos – Bab Sirr
Minggu keempat Ogos – Bab Mulk
Minggu pertama September – Bab Malakut
Minggu kedua September –Bab Jabarut
Perlu dijelaskan ini buku pertama dihasilkan pada tahun 1980 selepas guru kami menerima IZIN sebagai Shaykh al-Mursyid dengan menamatkan suluk sufiyyanya dibawah bimbingan Shaykh al-Fayturi, Benghazi Libya. Dia adalah pewaris wilayat yang tersembunyi dari Shaykh Mustafa Ahmad Alawi, Mostagnem, walaupun terdapat cabang lain tariqa Alawiyya-Darqawiyya disampaikan kepada Shaykh al-Hashimi di Jordan. Shaykh Fayturi berkata kepada guru kami: ‘ You are free now (finish/complete your suluk as to become a Sufic Shaykh). No hand are over your hand. He has the authority to join the separate branch of Alawiyya and Habibiyya as the overflowing Darqawiyya-Shadhiliyya again. Sufism is not about silsila or Shuyukh. Not wirid, wazifah or zikir, but the real matter is Marifa ! (Do the teacher you take from had the real jewel of Marifa, meaning only the true Wali possess this wisdom, others are inherited/self appointed teachers).
In the sufic steps outlined by Sh.Abdal Qadir clearly showed that a seeker must master, struggle and overcome and experience through the battlefield and arena of six things : journeying through the nafs, ruh, sirr and then passing over the realms of mulk, malakut and jabarut..! No other short cuts. Take this message.. and return to Riau. Begin a new adventure ! May Allah unite us again.
Jam dinding mencecah 11.15 malam. Besok kebanyakan kami akan bekerja dan bangun awal pagi. Terima kasih, tuan rumah kerana menyediakan makanan lebih dari kadar dibenarkan. Termasuk sebiji cheese cake dari Syedi, kaset CD bacaan Doa Nasiri hadiah dari Sidi Khairuddin dan diingatkan supaya memulangkan buku Sheikh Izzudin Abdul Salam mengenai catatan bahasa kiasan allegori sufi dari alam tumbuhan, bunga, pohon dan haiwan. Ianya satu cermin atau symbol kepada berbagai jelmaan nafsu, akal, ruh dan hati sang murid dalam merentasi alamaya ini. Sidi Badris meninggalkan begnya dirumah saudara di Kundang, Sungai Buloh dan akan bermalam di rumah sahabat kami di Kajang Utama sebelum dihantar ke stesen bas esok menuju Kuala Lumpur.
‘Tidak lupa, kirim salam pada Pak Angka dan Pak Huzrin serta hadiah buku berjudul ‘Kesultanan Melayu dan Ahlul-Bayt di Nusantara’ oleh Suzana Othman, Crescent Press 2006.’
Buku ini menyarankan kebangkitan Sultan/raja Melayu, para Alim Ulama/sufi serta keturunan Sayyid/Sharif untuk menaungi, mempertahan dan menyuburkan din Islam. Cinta kepada Allah dan RasulNya. Menghidupkan majlis ilmu, zikir, selawat, Burdah, ajaran sufiyya, fiqh-hukum Shariat islam dan berwaspada terhadap fahaman modenis dan tipudaya kuffar. Penulis juga menggalakan bacaan Doa Nasiri dilampirkan diakhir bukunya.
Yang menarik diceritakan juga gelombang kedua kedatangan para sayyid/sharif jurai al-Idrus, al-Attas, al-Haddad, Ba Alawi, al-Jufri, al-Bakri, al-Husayni dan al-Segaff yang bertaraf Alim Ulama, Awliya, Shuyukh, Imam dan Ahli Sufiyya ke alam Melayu Nusantara apabila berlaku konflik dan peperangan saudara di Timur Tengah yang mengancam survival Ahlul Bayt yang mulia. Buku ini diberi kata pengantar oleh Sayyid Umar al-Idrus, cicit Tok Ku Paloh Sayyid Abdul Rahman al-Idrus yang dianggap Guru Mursyid oleh muridnya Sultan Terengganu Zainal Abidin III. Sultan Pahang juga mempunyai seorang Shaykh Tasawwuf pada zaman yang sama bernama Tok Ku Bermin. Arwah Sultan Idris Shah di Perak juga pernah berguru kepada Shaykh Muhammad as-Samani dan diberi kedudukan sebagai Mufti Negeri.
Demikian juga di Negeri Sembilan, hampir semua Mufti Negeri adalah pemuka dan pemimpin Tariqat Ahmadiyya Idrisiyya seperti Muhammad Said Linggi. Shaykh Ahmad Zain al-Fatani pernah mengirim surat kepada Sultan Kelantan, anak muridnya dengan panggilan anakanda dan mendoakan pemerintahan Sultan dan menjaga kekuatan Islam di Kelantan agar tidak dicerobohi kaum kuffar dan penjajah British dan Siam ketika itu. Beliau juga dilantik oleh Khalifa Uthmaniyya berpusat di Istanbul untuk mentashih, mentahqiq dan mencetak buku-buku agama/kitab-kitab jawi dan arab untuk kegunaan umat Melayu Nusantara.
Kini usaha itu diteruskan oleh cucunya Tuan Guru Wan Muhammad Saghir Abdullah. Penulis Ulama Asia Tenggara terkenal, pengasas Yayasan Fataniyya dan Pondok-Pesantren di Mempawah, Kalimatan Barat. Pak Huzrin kita apa kurangnya pejuang umat Islam Kepri, ditarbiyya dalam penjara Sukamiskin Bandung, pewaris Raja Ali Riau, Tuhfat an_Nafis, calon Gabenor dan Robin Hood moden, dipertemukan dan bayat dengan Rais Abu Bakar Rieger. Akhirul kalam, berikut ini kita nikmati Sajak Nurnusantara cetusan ilham membara Dr. Abdad ar-Rauwi dari Pulau Mutiara:
sambung Part 4 ....
No comments:
Post a Comment