Karya Hakkawi (Dailin Nur) 1998
Audzu bi'Llahi minas-syaitanir rajim.Huwal-lazi arsala rasulahu bil-huda wa dinil-haqq.Liyuzhirahu alad-dini kullih.Wa kafa bi’Llahi Shahida. Subhanaka la ilmalana illa ma alamtana. Innaka Antal Alimul Hakim Allahumma salli ala sayyidina Muhammadin abdika wa rasulika Nabiyyi ummiyyi wa ala alihi wa ashabihi ajmain biqadri azamatika fi kulli waqtin wahin
Mukadimmah
1. Kertas kerja ini akan memperkenal kajian ilmiah dan berhikmah bagi mengenali falsafah china dengan rasa tawadhuk dan dibawah sinaran tawhid nur Islam. Semoga Allah memberkati kita dengan fikiran dan hati terbuka untuk menerima kebenaran walaupun dari sumber diluar Tradisi Islam . Umat islam digalakkan menuntut ilmu atau hikmah. Ada Hadis Nabawi mengatakan : Hikmah itu ibarat khazanah orang mukmin yang hilang, maka hendaklah dia mencarinya dimana saja . Seruan ini juga terkandung dalam doa ayat alQuran yang bererti: Ya Tuhanku, kurniakan ilmu/hikmah bagiku dan himpunkan aku bersama orang salihin ( Rabbi habli hukman wa ahiqni bis-salihin). Makna ayat Quran dipetikan awal kertas ini menjelaskan bahawa para malaikat memuji Tuhan sambil mengaku mereka tiada ilmu kecuali apa diajarkanNya. Mereka tiada dapat membaca apa rahsia dan kemuliaan Nabi Adam alaihi salam ketika dijadikan khalifah dimuka bumi.
2. Saya bukan pakar dalam falsafah china. Tetapi setelah menghayati dan mendalami islam sejak 20 tahun lalu,timbul hasrat untuk menyelami akalbudi bangsa china melalul karya klasik dan filasuf mereka yang masyur seperti Lao Tzu, Mencius, Confucius, kitab I Ching,Ta Hsue dan Chung Yung. Mereka yang ber¬pendidikan china diwajibkan membaca dan menghafal 4 Kitab Klasik ini. .Ada terjemahan bahasa Inggeris yang sangat baik dan indah oleh James Legge. Dalam Bahasa Malaysia , kitab Lun Yu Confucius dan Meng Tzi ada diterjemahkan oleh Dr.Obeidellah Nasir dari Universiti Malaya. Saya sendiri tak boleh baca Mandarin. Alangkah rugi tetapi itu takdir. Tapi untungnya bapaku menghantar saya kesekolah melayu.Kata seorang sahabat -sometime things were achieved by the opposites. Jika kesekolah aliran china, mungkin saya tidak berjumpa dengan cahaya kebenaran Islam.
Pendekatan Baru
3. Saya ingin membuat ulasan awal mengenai strateji lapuk menyampaikan Islam kepada masyarakat china oleh kebanyakan pemimpin islam yang bukan berbangsa china. Kita janganlah memulakan ceramah dengan ‘superiority' atau huraian Islam untuk dipaksa faham -terima oleh mereka .Cara ini akan gagal. Kita perlu mengkaji dan memahami falsafah china yang kaya dengan tradisi , sejarah dan hikmah sejagat.
Kita perlu mengambil prinsip bahwa : ‘Islam datang menyempurnakan apa yang kurang. Menyucikan apa yang telah rosak. Mengembalikan mertabat dan kemuliaan insan serta menunjuki Jalan yang haq dan diredhai Allah ke alam Akhirat yang abadi. Tanpa mengira bangsa atau bahasa’ Tamadun china memiliki kepercayaan kepada Tuhan Langit. Ada Jalan Tao atau Li-Shariat/Adab dan kemuliaan Akhlak yang dituntut melalui ajaran klasik china.
Agak sukar bagi kita memahami hiraki manusia dalam falsafah china jika tidak merujuk kepada tulisan Confucius atau Lao Tzu yang masih terpelihara dalam teks lama. Sebelum kita pergi lebih jauh, amatlah penting kita menyelami dan memahami beberapa istilah utama dalam falsafah klasik china seperti berikut:
i. Tian - Langit/Tuhan
ii. Wang - Raja/Pemimpin Agung
iii Te -Virtue/BudilAkhlakletika
iv. Sheng Ren -Insan Sempurna/Sage
V. Chun Tzu -Insan Mulia/Superior Man
vi. Hsiao Ren -Common/Inferior Man
vii. Li - Tata Budi/Akhlak/Ibadat
viii. Qing -Ajaran/ Kitab Suci
4. Kita mulakan huraian diatas dengan beberapa petikan dari kitab Analect/Lunyun oleh Guru Kungfutze yang menerangkan tugas dan tanggungjawab hidup manusia bagi mencapai kebahagian yang diidamkan :
‘Without knowing the Ordinances of Heaven /Ming
it is impossible to be a superior man.
Without an acquintance with the Rule of Propriety/Li ,
it is impossible for the character/righteousness to be established.
Without knowing the truth of words, it is impossible to know men( nature)"
( Tanpa mengenali Amanah Langit, mustahil
untuk menjadi seorang chuntzi/mulia/berwibawa
dan tanpa mengamalkan Li/Adab, mustahil
untuk memperoleh akhlak yang sempurna..)
"There are 3 things of which the superior man
stands in awe :
He stands in awe/fear/honour
of the Ordinances of Heaven.
He stands in awe of great men.
He stands in awe of the Sayings of Sages"
(Insan mulia mengagungkan-hormat-patuh
kepada 3 pekara : Perintah/takdir Langit ,
Pemimpin besar dan Ajaran Orang Arif /Rasul )
..bersambung..
No comments:
Post a Comment